Posts

Showing posts from June, 2021

Dam Haji

Image
  BAHASA MELAYU   Cara bermain:   Alatan diperlukan untuk kedua-dua permainan ini adalah papan dam dan juga buah dam. Papan dam berbentuk empat segi sama dilukis di atas kertas atau dibuat lorekan terus di atas sekeping papan. Terdapat 64 petak empat segi sama kesemuanya.   ·          Setiap pemain memerlukan 12 biji buah yang sama dari segi bentuk atau warna. Buah itu mesti berbeza dengan lawan sama ada dari segi warna atau bentuk    ·          Sebelum memulakan permainan, undian secara wan to som perlu dilakukan bagi penentuan giliran pemain. Pemain yang memenangi undian akan memulakan permainan terlebih dahulu.   ·          Permainan ini dimainkan dengan cara menggerakkan buah dam setapak ke hadapan iaitu secara mengiring sama ada ke kiri-depan atau ke kanan-depan. Pemain tidak dibenarkan menggerakkan buah milik...

Batu Seremban

Image
  BAHASA MELAYU     Cara bermain:   Seperti permainan yang lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah. Keseluruhannya, batu seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang.   Buah Satu: *Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu sama lain. *Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. *Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. *Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.   Buah Dua: *Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. *Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. *Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.     Buah Tiga:   *Buah tiga ada sedikit perbezaan. *Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip. *Lambungan yang kedua pula, ...

CEPER

Image
  BAHASA MELAYU   Cara bermain :   1)Setiap pemain akan menimbang ceper (1 ceper mewakili 2 markah), bagi menentukan giliran. Pemain dengan markah tertinggi akan memulakan permainan terlebih dahulu.   2)Ceper disusun secara bertindih (menegak), kemudian diputarkan ke udara bagi memastikan ceper tersebut bertebaran seperti gambar di bawah   3) Pemain lain akan menentukan arah ceper mana yang akan dijentik oleh kita.   4)Andai kata ceper yang dijentik oleh kita tidak mengena sasaran atau tersentuh ceper yang lain, maka, giliran kita tamat dan diteruskan dengan pemain yang lain.   5)Sekiranya kita berjaya menjentik semua ceper yang diarahkan oleh pemain lain, pusingan diteruskan dengan menimbang ceper menggunakan tangan seperti gambar dibawah;     6)Permainan diteruskan sehingga terdapat pemain yang berjaya mengumpul markah penuh dengan pantas .7)Pemain pertama yang berjaya mengumpul markah penuh dinobatkan sebaga...

Sepak Bulu/Capteh

Image
  BAHASA MELAYU   Cara bermain:   Sebelum permainan ini di mainkan, giliran ditentukan dengan undian yang dijalankan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah cara undian untuk menentukan siapa yang bermula dahulu dan mengikut urutan. Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut.Sepakan tidak dibenarkan dalam pemainan ini. Jika ia berlaku, pemain tamat gilirannya. Ia juga dikirakan mati. Ia juga boleh dikatakan mati jikalau bola jatuh ke tanah. Bermain Capteh: Pemain mestilah menimbang bola tanpa berhenti Pemain mestilah menimbang tanpa mati dengan seberapa banyak timbangan yang dilakukan. Pemain yang mendapati mata yang rendah kalah dan harus didenda. Pemain yang kalah haruslah melambungkan capteh kepada pemena...